Random Post
Friday, 15 February 2013 | 0 comments
▼

My top biases in Vixx .
Assalamualaikum . Hai
Dah lama aku tak berceloteh and membebel kat blog ni . Aku rasa dah beraba bulan entah aku tinggalkan blog ni . Pagi tadi baru aku betulkan sikit blog ni and blog ni pun dah berhabuk , so kena ringan tulang dan punggung nak bersihkan blog ni .
Okay . Hari ni , 16 Feb 2013 . GDA on OneHD . So , hari ni adik aku bagaikan orang gila yang terlepas dari Tanjung Rambutan bila tengok Infinite especially Hoya menari kat TV . Aku seperti biasa , buat muka cool bila Woohyun ada kat TV . And aku akan tengok satu benda tu kalau ada B2ST , UKISS or BTOB and Nam Woohyun . Yang lain tu tak apa lah . Terima kasih sangat :) So , siapa yang minat Kpop tapi tak ada astro tu agak rugi lah , tak tahu boleh tengok kat internet ke tak .
Next . Kemunculan Vixx . Vixx member telah memikat aku . Lol . Gurau je . Lagu baru diaorang - On and On memang daebakkkkkk ! Aku tak sangka , aku dah jadi peminat No 1 diaorang . Yang pasti aku suka sangka dengan senyuman kaku Heongbin , muka tak asli orang Korea Ken dan idol yang romantik , N . Actually , ada member Vixx sama tarikh lahir ngan aku cuma beza 1 year iaitu Han Sang Hyuk . Well , aku dah jumpa berlambak kat Malaysia ni , so tak heran sangat pun . Kononnya lah . Tapi Vixx memang best lah .
Then , aku nak share something . Ini ada kaitan dengan Kpop . Okaylah , tahun 2013 iaitu tahun ni , aku nak ambik SPM walaupun tak rela so mungkin sebab aku sibuk sangat dengan sekolah , tuition dan koku , aku dah mula lupakan Kpop . Aku tak tahu sejak bila , tapi aku yakin sangat sejak akhir tahun lepas . Mungkin ni tanda tanda aku kena bakal melupakan Kpop . My mom pun tegur sebab aku tak spazzling macam adik aku yang sekor ni . Tapi apa nak buat , tu dah takdir . Mungkin lepas SPM , aku boleh sambung balik . Who's know right ?
Bye .
« future
history »
